Friday, November 26, 2010

PROLOG

HIDUNGNYA kempas-kempis, jantungnya berdetak laju, namun kakinya tetap berlari. Dia ingin menamatkan satu lagi pusingan akhir di jogging trek Tasik Perdana. Dia masih ada daya, sekarang apa yang perlu ada dalam dirinya hanyalah sedikit semangat untuk meneruskan apa yang sudah di mulakan. Din Luqman mengumpulkan semua tenaga yang ada, lariannya di deraskan. Peluh memercik-mercik. Otot tubuhnya nampak bergerak-gerak dengan jelas. Dia melepasi jambatan kayu, sudah nampak di matanya garisan penamat yang direntang sendiri dalam mindanya. Lariannya makin deras dan akhirnya dia jejak juga garisan itu. Jam di tangan cepat di kilas sementara dia menarik nafas, mengisi ruang dengan oksigen yang sangat-sangat berkurangan. 31’ 29. DAMN ! Semalam catatan masanya 29’ 22. Ketidak konsisten begitu menyakitkan hatinya. Apa yang menganggu fikirannya, sampai boleh tersasar lebih kurang 2 minit !

Dia berjalan perlahan sambil menenangkan jantung yang berdetak laju. Hari Minggu kawasan Tasik Perdana penuh dengan orang beriadah. Ahli kumpulan Pace Setter sudah kembali berkumpul di ruang tempat parkir depan Bukit Aman. Ada juga hajat hati Din Luqman hendak menyertai kumpulan pelari itu, tetapi kadang dia lebih suka bersendirian, menentukan masa lariannya sendirian, Din Luqman’s Pace ! Dia meneguk air mineral sambil bersandar pada pintu kereta. Matanya melangut melihat pohon-pohon sekitar tempat parkir itu. Matanya kemudian merenung ke langit biru yang tenang dan damai. Dia menarik nafas, andai sahaja hatinya sebegitu tenang. Din Luqman menarik zip beg kecil di tempat duduk belakang, sehelai tuala ‘Good Morning’ di keluarkan. Peluh yang masih meleleh di sapu kering. T-shirt kumal berwarna kelabu yang sudah lencun juga di buka dan di ganti dengan t-shirt berwarna biru tua. Kasut Nike Air di buka dan dia menyarung selipar sahaja. Rokok di nyalakan sebelum dia menghidupkan enjin dan melungsur perlahan-lahan meninggalkan Tasik Perdana yang semakin menerima ramai kunjungan.

PINTU BILIK di tolak, di hari minggu mana ada yang rajin datang ke ofis. Hanya Din Luqman sahaja. Dia lebih suka tenggelamkan dirinya dengan kesibukan. Membenam rasa pedih yang sering menghantui hidupnya. Enam bulan bukanlah satu jarak waktu yang lama, namun kesedihan semakin menjadi teman baiknya. Kata orang masa akan merawat segalanya, itu kata orang, kata Din Luqman, masa tidak pernah merawat apa-apa. Surat-surat yang ditinggalkan PA di baca satu persatu. Dia membuat nota-nota kecil di bahagian bawah surat itu. Azne PAnya akan meneliti semua nota-nota tersebut dan mengambil langkah berdasarkan arahan Din Luqman. Laptop yang sudah ternyala di renung, Inbox penuh sarat. Din Luqman hanya tersenyum sedikit melayan email-email yang bermacam itu. Email-email lucu dari bekas teman-teman sekolah membuat hatinya girang sedikit. 20 tahun sudah dia tinggalkan sekolah asrama penuh itu, namun persahabatan tetap utuh tidak lapuk dek zaman. Dia menyandarkan tubuhnya, matanya terpaku pada frame gambar di hujung meja. Perlahan air mata seorang bernama Din Luqman tumpah lagi. Dia teresak-esak sendirian. Maafkan Abang sayang….Maafkan Abang….rintihannya pilu. Bilakah dia boleh memaafkan dirinya ?

No comments:

Post a Comment